Thursday 26 July 2012

.: Garisan Penamat MSR :.

Assalamualaikum..
Dengan ini diumumkan Minggu Silaturrahim UniKL Business School 
intake July 2012 tamat secara rasminya..
Wuhuuuu..
Boleh rehat sepuas-puasnya.. Yehaaa..
Hari ni sangat memenatkan..
Student2 baru hari ni ada beberapa aktiviti seperti membuat menara dan persembahan..
Secara kasarnya intake kali ni agak kurang meriah..
Mungkin disebabkan bulan puasa dan mereka takde tenaga agaknya..
Tapi apa2 pun mereka sudah buat yang terbaik.. :)
Team OC pun dah menjalankan tanggungjawab masing2 dengan jayanya..
You rock guys.. ^_^v





Tuesday 24 July 2012

.: Accounting Students Havoc Yawww :.

Assalammualaikum..
Selesai sudah hari kedua MSR UniKL Business School..
Hari time Liya and the team jaga student2 akaun..
Of course la Liya sukakan sebab jaga student yang sama course..
Jadi ada banyak la benda yang nak diborakkan..
Weee...
Student akaun memanh sporting habis la walaupun
student2 lelakinya kuat membahan orang..
Diorang tak tengok lagi senior diorang ni membahan pulakkan.. 
Agak2nya student akaun ni memang suka membahan la.. hehehe..
Apa2 pun diorang memang best..
Bila ada game diorang semua join dan macam2 ragam boleh tengok..
Cayala student akaun intake baru ni..
Wuhuuuuuu...

Ps : Gambar tak berapa nak cantik akibat guna kamera fon saje.. :)




Monday 23 July 2012

.: Islamic Finance in The Making :.

Assalammualaikum..
Hari ni bermulanya hari pertama Minggu Silaturrahim UniKL Business School...
Pagi2 lagi dah kelam kabut bila dapat tahu ada student yang dah sampai kat kampus..
Rupanya baru student yang tak tinggal kat hostel.. 
Gelabah jap ingatkan semua dah sampai..
Hari ni Liya kena handle untuk student Islamic Finance..
Kuantiti mereka hanya 93 orang dan majoriti adalah perempuan so boleh la 
student lelaki pilih calon2nya.. hahaha..
Rata-rata yang ambil kursus Islamic Finance disebabkan ada bahasa arab katanya...
Diorang ni agak pasif... Hanya sesetengah je yang sporting bila kami ada buat beberapa
aktiviti untuk bagi diorang tak mengantok.. 
Maklum la bulan puasa kan..
Hope esok student2 Islamic Finance ni dah keluar dari kepompong
silent mereka dan jadi lebih sporting dan aktif.. :))

Ps : Esok kena handle student akaun pulak.. Harap diorang sporting.. ;)

Sunday 22 July 2012

.: First day of New Intakes :.

Assalammualaikum..
Hari merupakan hari yang sangat penat..
Pendaftaran intake baru katanya..
Jadi kami sebagai committee kena la bertugas..
Liya ditugaskan untuk membantu student2 baru isi borang2 yang pelbagai..
Kaki sangat la sakit akibat perlu ke hulu dan ke hilir..
Waktu ni jugak Liya jumpa dengan rakan2 dan junior2 
dari tempat Liya diploma dulu.. 
Semestinya KPTM Kuantan.. :)
Kiranya kalau nak buka kelab KPTM Kuantan dekat UniKL Business School ni
memang cukup syarat la.. Wee...
Semuanya berjalan dengan lancar tapi kesian jugak bila tengok ada
member yang tak dapat hostel akibat penuh.. :(
Esok mula la orientasi mereka..
Hope its going to be fun walaupun bulan puasa ni kan.. :)

Ps : For UniKL Business School Committes, you guys did a good job.. :))

.: UniKL Business School Orientation Committee :.

Saturday 21 July 2012

.: First Day of Ramadhan :.

Assalammualaikum..
Alhamdulillah selesai sudah hari pertama berpuasa..
Tadi pergi ke Bazar Ramadhan Kg. Baru sangat la meriah..
Kebetulan tadi ada majlis perasmiaan bazar..
Penuh la umat Islam memeriahkan keadaan..
Know whats.. Dah bertambah makanan..
So banyak la pilihan.. weeee..
Tapi yang sedihnya first day puasa ni hanya berbuka berdua dengan member..
Yang lain dah balik berbuka bersama keluarga.. wuaaaa..
Tapi takpe la.. Yang penting ada teman jugak.. :)
Hope esok akan menjadi lebih baik.. InsyaAllah..


.: Port Dickson With ♥♥ :.

Assalammualaikum..
Selamat berpuasa semua..
Pastikan puasa sampai azan Maghrib ye.. :)
Hari Khamis yang lepas (baru nak update.. hee) Liya dan rakan-rakan tersayang
pergi berpiknik di Pantai Teluk Kemang..
Saja kami suka-suka nak mereleasekan tension selepas habis final.. wuhuuu
Kami berbarbeque, berbanana boat, bermandi manda dan
yang paling bersesat-sesatan nak cari jalan ke PD.. hehehe..
Its really a great day for us..

Thank you so much to :
Aqill, Shiro, Jah, Una, Paah, Fazella, Kina, Mok,
Zaty, Leyla, Mil, Farah, Nia,
Ayid, Mirul, Shuk, Nik, Syafiq, Jejoy










.: Happy Birthday Seha :.

21 Julai 2012..
Hari kelahiran empunya nama Faseeha Akmal Bt Nordin..
Happy birthday gurl..
Semoga tahun ini akan menjadi tahun yang paling bermakna untuk Seha..
Kegembiraan, kebahagian, kejayaan akan mengiringi seha.. 
Amin..
^_^

.: Cik Seha yang comel :.

Friday 20 July 2012

.: Khas Untuk Kakak Kesayangan :.

Kakak ku Kak Zana..
Don't be sad..
Esok dah nak puasa dah..
Kalau menangis banyak-banyak lagi esok nanti batal puasa tau.. hehehe..
Kak zana must be strong as The Incredible Hulk ok.. :p
Sayang Kak Zana.. 
Selamat Berpuasa.. :)

.: Si Kakak Comel :.
.: Syazana Papulo :.

.: Buku Baru, Tajuk Baru :.



Assalammualaikum..
Buku baru, Tajuk baru..
Kenapa Liya buat tajuk entry macam tu sebabnya 
sempena bulan Ramadhan yang akan menjelma pada hari esok,
Liya nak mulakan hidup baru Liya..
Liya taknak lagi sedih ataupun menangisi sesuatu yang mengecewakan hati..
Liya nak belajar kuat untuk hadapi semua benda yang sangat perit untuk dilalui..
Salah satunya kehilangan orang yang sangat kita sayang selain keluarga kita..
Tapi itulah yang perlu Liya hadapi kini..
Sempena bulan yang mulia ini, Liya akan cuba untuk berhadapan semua ini
dengan hati yang tenang.. 
InsyaAllah..
Selamat Berpuasa semua.. :)