Tuesday 25 September 2012

.: Erti Sebuah Persahabatan :.

Assalamualaikum.. Dah lama Liya tak mengupdate blog ni.. Keadaan wifi yang macam biskut ni sekejap ada sekejap takde membataskan Liya nak update dan bila dah lama tinggal perasaan malas tu membuak-buak.. hehe.. Entry tu kali ni Liya nak cerita pasal persahabatan.. Ini mengenai Liya dan seorang sahabat Liya.. Usia persahabatan kami dah menjangkau setahun lebih.. Dalam tempoh tu macam-macam perkara yang kami lalui.. Dia la tempat bergaduh, tempat membahan.. Tapi entah macam mana semuanya serba tak kena sejak awal tahun ni.. Dia mula menyembunyikan banyak perkara dari Liya tapi makin lama makin terbongkar sikit demi sedikit.. Dan paling teruk persahabatan kami jadi renggang bila dia mula mengenali seseorang dan dia mula menjauhkan diri dari Liya.. Saat tu Liya tau ada something yang tak kena.. Hari demi hari Liya mula sedar yang persahabatan kami tak mungkin akan kembali seperti dulu.. Ramai yang tanya kenapa Liya masih boleh bersabar dengan dia walaupun dah selalu kena tipu, kena game.. Senang je jawapan Liya.. Erti persahabatan.. Liya hormat persahabatan kitorang ni.. Walau dah macam-macam dia buat tapi Liya selalu ingatkan diri Liya yang manusia akan berubah jugak suatu hari nanti walaupun tak tahu bila waktunya.. Liya tak akan membenci dia sebab bagi Liya persahabatan lebih bermakna dari percintaan.. Persahabatan akan kekal sampai bila-bila sedangkan percintaan kita belum tahu apa pengakhirannya.. Walaupun sekarang dia gembira dengan kawan-kawan dia tapi Liya akan terus tersenyum melihat dia gembira walaupun kami tak lagi seperti dulu.. Persahabatan yang sejati susah nak dicari.. Hargailah sahabat kita.. :)


Sunday 2 September 2012

.: My enemy is my best friend :.

Assalamualaikum..
Mungkin ramai yang tak tahu yang Liya ada seorang kawan baik..
Dia ni la jugak musuh Liya sebab kami memang selalu gaduh..
Setiap hari mesti akan gaduh dan selalunya apa yang kami gaduh tu benda yang sama..
Dan sekarang tahap pergaduhan kitorang dah ditahap maksimum..
Mungkin sekarang kawan baik Liya dah makin membenci Liya..
Emm.. Tapi dia tak tahu sebenarnya kenapa Liya selalu cari gaduh dengan dia benda yang sama..
Biarlah ia menjadi satu rahsia..
Lagipun sekarang dia dah pun bahagia with someone yang jadi pengganti Liya sebagai kawan baik..
So Liya hanya mampu mendoakan terbaik untuk dia..
Akan merinduimu kawan baik.. 



Wednesday 29 August 2012

.: Ku Berserah :.


Assalamualaikum..
Lama tak mengupdate blog semenjak cuti beraya..
Sejak kebelakangan banyak perkara yang sedih berlaku..
Kadang-kadang rasa tak cukup kuat nak harungi semua ni..
Tapi Liya perlu kuat.. 
Liya berserah saja apa yang berlaku..
Harap akan ada cahaya kegembiraan yang akan datang..
Amin..

Ps : Nah lagu yang buat Liya menitiskan air mata.. :(


Thursday 16 August 2012

.: Terima Kasih Si Buncit :.

Assalamualaikum..
Memandangkan mata ni taknak pulak lelap jadi mengupdate blog la citenya..
Tadi setelah lama tak keluar dengan si buncit akhirnya dapat
jugak keluar sahur dengan dia..
Mula-mula jumpa berlaku keadaan yang tragis sampai mengalir air mata ni 
akibat terlalu lama memendam sesuatu didalam hati..
Liya menangis untuk mencari kekuatan diri sebenarnya.. huu
Agak lama jugak la situasi muram dalam kereta tadi..
Tapi lepas bersahur alhamdulillah keadaan kembali normal..
Tadi kami bergelak ketawa sama macam keadaan kami masa dahulu kala..
Ohh.. Sangat rindu waktu dahulu.. 
Alangkah indahnya kalau Liya dapat ketawa selalu bersama si buncit macam dulu..
Harap keadaan ini akan kembali.. 
Amin.. :)

Untuk si Buncit.. Terima kasih ye sudi keluar tadi walaupun keadaan agak tak best.. 

Ps : Bagi sesiapa yang tak tahu si buncit tu sapa, si buncit tu sebenarnya kawan
paling rapat Liya dulu.. Erti kata lain kawan baik Liya suatu ketika dahulu.. 




Friday 10 August 2012

.: Happy Birthday To Someone :.

Assalamualaikum..
Hari ni 10 Ogos merupakan hari ulang tahun seseorang yang pernah rapat dengan Liya dulu..
Sepatutnya Liya dah merancang nak celebrate birthday dia 
tapi keadaan tak mengizinkan dan tak membenarkan Liya celebrate..
Sedih tapi apakan daya..

Kepada someone..
Selamat ulang tahun yang ke 23.. 
Semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, 
berjaya dalam pelajaran dan kehidupan serta 
gembira dengan mereka disekeliling awak..





Saturday 4 August 2012

.: Berbuka bersama mereka - mengimbau memori diploma :.

Assalamualaikum..
Fuhh fuhhh.. Kepenatan seharian berjalan semalam..
Dari KL ke Kuantan dan balik semula ke KL..
Perjalanan yang memenatkan tapi sangat best sebab berjumpa kawan lama sambil
megimbau kenangan sewaktu diploma dulu..
Liya dan member-member turun Kuantan semata-mata nak berbuka di padang..
Mesti korang pelikkan apa yang istimewanya berbuka dekat padang tu kan
sampai sanggup balik hari semata-mata nak berbuka kat sana..
Meh sini Liya nak cerita sikit pasal berbuka di padang ni..
Berbuka di padang ni dah jadi satu tradisi bagi orang Kuantan..
Padang ni berdekatan dengan masjid dan bazar ramadhan..
Setiap hari mesti padang ni penuh dengan pengunjung yang nak berbuka bersama..
Kitorang sewaktu diploma mesti berbuka di padang beramai-ramai..
Meriah sangat...
Korang kena pergi dulu baru tau macam mana.. :))

Ps : Akhirnya sampai hajat kitorang nak berbuka kat sana sambil jumpa kawan lama... :)
Really enjoy and will miss the great moment..
Thanks to our friend, Qielah sudi berbuka dengan kitorang.. :)





Wednesday 1 August 2012

.: Nota kaki My BFF untuk Liya :.

Assalamualaikum...
Fuhhhh fuhhh...
Dah berhabuk blog ni tak diupdate..
Tadi tengah belek-belek buku MA untuk guna balik sem ni
tiba-tiba terjumpa nota yang BFF Liya tulis masa kitorang study sama-sama dulu.. 
Sebenarnya dah lupa pasal nota tu sebab dah lama tak bukak buku tu..
Maaf awak.. hehehe..
Bila baca balik nota ringkas yang dia tulis tiba-tiba rasa nak menangis pulak..
Sangat rindu saat dahulu bersama BFF Liya..
Ohhh andai dapat diundurkan masa... :(

Untuk my bff..
You will always be my bff although anything happens.. :)

.: Nota kaki si keding (my bff) untuk si gemok (saya) .. :)) :.