Wednesday 29 August 2012

.: Ku Berserah :.


Assalamualaikum..
Lama tak mengupdate blog semenjak cuti beraya..
Sejak kebelakangan banyak perkara yang sedih berlaku..
Kadang-kadang rasa tak cukup kuat nak harungi semua ni..
Tapi Liya perlu kuat.. 
Liya berserah saja apa yang berlaku..
Harap akan ada cahaya kegembiraan yang akan datang..
Amin..

Ps : Nah lagu yang buat Liya menitiskan air mata.. :(


Thursday 16 August 2012

.: Terima Kasih Si Buncit :.

Assalamualaikum..
Memandangkan mata ni taknak pulak lelap jadi mengupdate blog la citenya..
Tadi setelah lama tak keluar dengan si buncit akhirnya dapat
jugak keluar sahur dengan dia..
Mula-mula jumpa berlaku keadaan yang tragis sampai mengalir air mata ni 
akibat terlalu lama memendam sesuatu didalam hati..
Liya menangis untuk mencari kekuatan diri sebenarnya.. huu
Agak lama jugak la situasi muram dalam kereta tadi..
Tapi lepas bersahur alhamdulillah keadaan kembali normal..
Tadi kami bergelak ketawa sama macam keadaan kami masa dahulu kala..
Ohh.. Sangat rindu waktu dahulu.. 
Alangkah indahnya kalau Liya dapat ketawa selalu bersama si buncit macam dulu..
Harap keadaan ini akan kembali.. 
Amin.. :)

Untuk si Buncit.. Terima kasih ye sudi keluar tadi walaupun keadaan agak tak best.. 

Ps : Bagi sesiapa yang tak tahu si buncit tu sapa, si buncit tu sebenarnya kawan
paling rapat Liya dulu.. Erti kata lain kawan baik Liya suatu ketika dahulu.. 




Friday 10 August 2012

.: Happy Birthday To Someone :.

Assalamualaikum..
Hari ni 10 Ogos merupakan hari ulang tahun seseorang yang pernah rapat dengan Liya dulu..
Sepatutnya Liya dah merancang nak celebrate birthday dia 
tapi keadaan tak mengizinkan dan tak membenarkan Liya celebrate..
Sedih tapi apakan daya..

Kepada someone..
Selamat ulang tahun yang ke 23.. 
Semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, 
berjaya dalam pelajaran dan kehidupan serta 
gembira dengan mereka disekeliling awak..





Saturday 4 August 2012

.: Berbuka bersama mereka - mengimbau memori diploma :.

Assalamualaikum..
Fuhh fuhhh.. Kepenatan seharian berjalan semalam..
Dari KL ke Kuantan dan balik semula ke KL..
Perjalanan yang memenatkan tapi sangat best sebab berjumpa kawan lama sambil
megimbau kenangan sewaktu diploma dulu..
Liya dan member-member turun Kuantan semata-mata nak berbuka di padang..
Mesti korang pelikkan apa yang istimewanya berbuka dekat padang tu kan
sampai sanggup balik hari semata-mata nak berbuka kat sana..
Meh sini Liya nak cerita sikit pasal berbuka di padang ni..
Berbuka di padang ni dah jadi satu tradisi bagi orang Kuantan..
Padang ni berdekatan dengan masjid dan bazar ramadhan..
Setiap hari mesti padang ni penuh dengan pengunjung yang nak berbuka bersama..
Kitorang sewaktu diploma mesti berbuka di padang beramai-ramai..
Meriah sangat...
Korang kena pergi dulu baru tau macam mana.. :))

Ps : Akhirnya sampai hajat kitorang nak berbuka kat sana sambil jumpa kawan lama... :)
Really enjoy and will miss the great moment..
Thanks to our friend, Qielah sudi berbuka dengan kitorang.. :)





Wednesday 1 August 2012

.: Nota kaki My BFF untuk Liya :.

Assalamualaikum...
Fuhhhh fuhhh...
Dah berhabuk blog ni tak diupdate..
Tadi tengah belek-belek buku MA untuk guna balik sem ni
tiba-tiba terjumpa nota yang BFF Liya tulis masa kitorang study sama-sama dulu.. 
Sebenarnya dah lupa pasal nota tu sebab dah lama tak bukak buku tu..
Maaf awak.. hehehe..
Bila baca balik nota ringkas yang dia tulis tiba-tiba rasa nak menangis pulak..
Sangat rindu saat dahulu bersama BFF Liya..
Ohhh andai dapat diundurkan masa... :(

Untuk my bff..
You will always be my bff although anything happens.. :)

.: Nota kaki si keding (my bff) untuk si gemok (saya) .. :)) :.